Jumaat, 22 Julai 2016

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah mula dibina pada tahun 2002 oleh EAST DESIGN ASSOCIATES SDN. BHD. secara rundingan terus dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penyerahan pemaju kepada kementerian pada 14 April 2004 dan diberikan 24 bulan tempoh tanggungan kecacatan.

Pada Julai 2004, sebanyak 8 kelas telah dibuka dengan 16 orang guru di bawah penyeliaan Guru Penyelaras En Mohd Bahar b. Mat. Jumlah murid adalah seramai 260 orang, (Tahun 1 - Tahun 4)

Pada 16 Disember 2004, Pn Badariah bt Awang telah dilantik menjadi Guru Besar. Beliau ditukarkan dari SK Seri Tasek.

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara menunjukkan peningkatan pertambahan murid pada 2005 dengan 528 orang murid kelas aliran perdana, 50 orang murid kelas prasekolah dan 10 orang murid kelas pendidikan khas

Pada sesi persekolahan 2006 bilangan murid dan kelas terus bertambah dan menunjukkan peningkatan kemajuan yang baik

Tahun 2006 adalah tahun pertama untuk murid sekolah ini menghadapi peperiksaan UPSR.